j0m f0llow byna:

Monday

MOTOR oh MOTOR

Assalamualaikum dan Selamat Pagi Semua..:)

Pagi yang tersangat indah ini, kita mulakan dengan bacaan Bismillahirahmanirahim..(tapi mesti baca jugak even xindahpun..hi) ! kOrg pe kbr rini? sihat x? diharap sume sihat la ye. eh2,sebelum byna terlanjur merepek2 nih,jOm kita berbalik kpd tajuk n3 di atas! aik,kita?? byna la kn. haha! 

Motor? Npe ngn motor? meh cni i nk habak kt ang semua! :) Lebih kurang 2 minggu yang lepas, byna dh strt bwk mOtor dh g keje a.k.a LI! fuh..teramat la dugaan pada hari 1st tuh. nak tahu npe? Kan dh lme xnaik mOtor, sO 1 badan jd lenguh2 n sakit2. Cam xtahn plk kalO difikirkan byk kali. Tapi Alhamdulillah semua tuh di hari2 awal ja. Lama2 Ok la. iye dak?? 

Mesti ada antara kOrg semua penah alami apa yg byna alami ni kn. ngan jalan plk berlubang2 n rosak lagilah dugaan. #pengsan jap -.- !  Tapi dengan kekuatan yang ada, byna kuatkan jugak. Dannnnn yang paling penting, dengan apapun kita BERGERAK, kita kena fikirkan bahawa bukan kita ja yang susah. Ada lagi ramai Hamba Allah dekat muka bumi nih yang lagi susah dari kita. 

MORAL : Bersyukurlah di atas pemberian dariNYA dan jangan cepat mengalah dengan deguaan/cabarn yang DIA berikan pada kita!!! :) 

Ok la uOlls... kbai.. :)

eh,xde mOtifkan..nk jugak tempek muka sdrik. kbai. :)
 

Merawat Kesedihan

Assalamualaikum..

Adakah hari-hari kita harus dilalui bersama perasaan sedih berpanjangan? Apakah takdir ini terbeban ke atas kita sepanjang masa?
Saya yakin, setiap insan di dunia ini pasti pernah merasainya. Kita sedih kerana diperlakukan sesuatu tanpa kerelaan, ditengking, dimarahi, diejek dan dikeji, dihinakan, atau mendapat sesuatu musibah tak dijangka misalnya kematian, kesusahan, kegagalan hidup, sukar mendapat jodoh, kesakitan serta pelbagai rona-rona rasa yang lainnya. Semangat terus lumpuh ke tahap terkebawah.

Ketika saat itu juga, hati kita menjadi rawan berpanjangan, emosi meruntun hiba, sedih bersangatan. Lalu termenung sendiri sambil menyeka air mata yang berjujuran. Air yang dihirup tidak lagi dirasa lazat, tetapi umpama duri-duri yang bercerucuk di kerongkongan. Diri lantas dipersalahkan, bahkan rasa sesal menjadi manusia bermain-main di kotak minda.


Sedangkan Allah SWT telah berfirman:
“Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan, “Kami telah beriman,” dan mereka tidak diuji?”
“Dan sungguh, Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka Allah pasti mengetahui orang-orang yang benar dan pasti mengetahui orang-orang yang dusta.” (Al-Ankabut: 2-3)
Bagi yang tidak kuat pegangan agamanya, lemah imannya, maka jalan terakhir ialah dengan cara bunuh diri. Nauzubillahhi minzalik. Pada hematnya, cara ini mampu mengurangkan tekanan yang dialami.

Tidak! Kenyataan ini tidak benar sama sekali. Bukan caranya kita bersedih lalu berusaha menjauh diri dari Ilahi atau menempah pintu-pintu neraka.

ADA PENAWARNYA


Setiap penyakit ada penawarnya, kecuali bila ajal mula mendekati – tiada penawar lagi. Justeru, indahnya Islam kerana di sana letaknya tegahan tetapi ada suruhan (bimbingan), adanya penyakit turut bersamanya penawar.


Kerana itu sahabat Baginda apabila merasa runsing dan bersedih hati, mereka langsung mendapatkan motivasi dari Rasulullah SAW agar pencerahan kembara Ilahi jelas tanpa was-was. Mereka segera kembali kepada jalan al-Quran dan Sunnah bukan mengikut telunjuk hati yang rawan ataupun syaitan yang membisikkan kenistaan.

Ayuh! Usahlah terus bersedih, bangkitlah.. jangan jadi orang ‘kalah’ lagi. Hamparkan sejadah, lalu bertawajuh dan menadahkan tangan memohon bantuan dari-Nya. Engkau tidak keseorangan.


Di bawah ini saya selitkan doa merawat kesedihan, cubalah baca dan amalkan.

Terdapat di dalam musnad Imam Ahmad dan sohih Ibnu Hibban, daripada Abdullah Ibnu Mas’ud r.a bahawasanya Nabi Muhammad SAW telah bersabda:


“Tidaklah sama sekali berkata mana-mana hamba apabila dia dilanda kebimbangan (tentang perkara akan datang) atau kesedihan (merujuk perkara yang telah berlalu); (dengan cara berdoa sebagaimana berikut):
Maksud doa: “Ya Allah! Sesungguhnya aku hamba-Mu, juga anak hamba lelaki-Mu (ayahku) dan anak hamba perempuan-Mu (ibuku). Dahiku berada di tangan-Mu (Engkau bebas mengawal dan menentukan arahnya; kebaikan atau keburukan yang ditujunya). Sudah berlalu pada diriku keputusan-Mu. Sememangnya adil buat diriku (apa jua) ketentuan-Mu.
(Justeru), aku memohon kepada-Mu dengan semua nama yang selayaknya buat-Mu; yang Engkau namakan dengannya diri-Mu, atau yang Engkau turunkannya dalam kitab-Mu, atau yang Engkau ajarkannya kepada salah seorang daripada makhluk-Mu (Nabi Muhammad SAW) atau yang Engkau (sengaja) sembunyikan tentangnya di alam ghaib di sisi-Mu..
Supaya Engkau jadikan al-Quran sebagai musim bunga (berasa tenteram dalam) hatiku, cahaya di dadaku, keluar daripada (belenggu) kesedihan, dan penghilang kebimbanganku.”
Sharing is Caring..:)

Thursday

MEMORIES 2012 : My Engagement Day

Assalamualaikum kepada sahabat sekalian, xkira di mana jua anda berada..
*dah macam ucapan lak*hikhik!!!

Actually, sedar xsedar cepat je masa bergerak ye..dah masuk tahun 2013 dah..Umurpun makin meningkat tapi pngai je xubah2..huhu..Opss2..merepek ape kaw ni byna..larik tOpik plk..:) Sebenarnya dah lama nak update tapi oleh kerana kekangan masa yang sangat tidak mengizinkan..dah berbulan dah tertangguk n3 nih.. !!! I'm engaged..cam xpecaye je..:D

--> Sepertimana yang telah ramai tahu,majlis yang telah berlangsung adalah pada 16 November 2012.. 1bulan lebih dah byna menjadi tunangan orang. Suka? kalO xsuke tipulah namanyeknknknk? 
*tergedikss lebey suda..hhii! SERIUSly majlis yang telah berlangsung ckitpun xdirancang Oleh pihak byna dan keluarga.. Cuba kOrg bayangkan hanya ade 2hari byna nk setel ape yang patut..memang rushing la..ye dak? (jawab dalam ati tau)

--> Perkenalan kami bermula pada tahun 2003 lagi.. Dalam masa hampir 9tahun, terlalu banyak dugaan, pahit manis, suka duka yang telah berlangsung...*ayt xleh blah..hihi.. Alhamdulillah walaupun banyak dugaan yang berlaku, finally kami dapat pertahankan juga sehingga ke tahap ini..  (Itulah serba sedikit tentang kami..:) ). Terima kasih yang tidak terhingga YaAllah kerana telah makbulkan dOa kami! 

--> setakat ni dulu untuk kali ini..layan gambar plak..;) ----tO be cOnt..:p

with my frnz yang sama2 bantu time 2..tQ..:)




my fiancee..:)




p/s: tQvm 4 keluarga,sedara mara terdekat,kawan2 yang banyak membantu byna time nih even last min..dOakan kami supaya bhgia hingga akhir hayat..Amin..;)

---sila tinggalkan url anda---

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


CoolChaser.com Layout by CoolChaser
CoolChaser