j0m f0llow byna:

Daisypath Happy Birthday tickers

Monday

TUHAN SENTIASA MENGUJI KESABARAN MANUSIA!


Kehidupan kita sebagai manusia di alam ciptaanNYA ini tidak terkecuali daripada behadapan dengan ujian dan cabaran.  Allah sentiasa menguji manusia dengan pelbagai ujian, apatah lagi orang beriman dan kuat beribadat.  Ujian Allah bertujuan menilai sejauh manakah tahap kesabaran manusia samada dia bersabar atau tidak. 

Bukan semua manusia yang boleh bertahan dan sentiasa bersabar. Sabar seseorang itu pasti ada hadnya. Bila diuji, bersabarlah wahai hati.  Musibah datang dalam pelbagai cara. Musibah dan ujian merupakan tarbiyah daripada Allah bagi mereka yang celik hati dan akalnya. Bila diuji, bagaimana penerimaan kita terhadap musibah tersebut? Apakah kita menerima ujian dari-Nya dengan hati yang terbuka, berlapang dada dan kembali muhasabah diri, memperbaiki kelemahan diri dan meningkatkan lagi amalan seharian.

Jarang sekali kita bersyukur dengan ujian yang diberikan. Sedangkan mungkin juga, ujian itu merupakan salah satu peringatan kepada kita, supaya kembali dekat kepada-Nya, agar perbanyakkan amalan kepada-Nya, menadah tangan bermohon doa kepada Dia. 

Terasa diri ini sangat kerdil bila memikirkan apa yang telah terjadi. Sanggupkah berhadapan dengan musibah-musibah mendatang?? Kadang-kadang aku selalu je terfikir, banyak sangat perkara yang aku buat salah. Mungkinkah ujian yang dilalui supaya aku berubah dan dekatkan diri denganNYA? MUNGKIN!!

Ingat.. amalan yang kita lalui seharian bukan  semuanya betul. Bukan semua orang boleh terima. Jadi..sentiasalah ingat dan berhati-hati dalam melakukan apa jua. Sebagai manusia, pasti kita terlepas pandang. Mohon padaNYA supaya kuatkan hati ini untuk hadapi dugaan yang menimpa dengan SABAR! In Sha Allah. Amin.


**pesan pada diri sendiri jugak** 



0 komen peminatku:

---sila tinggalkan url anda---

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


CoolChaser.com Layout by CoolChaser
CoolChaser