j0m f0llow byna:

Daisypath Happy Birthday tickers

Thursday

A.W.A.K!!!

Assalamualaikum...

Awak, 
Mungkin awak hepy sangat kat sana tanpa sayakan dan mungkin awak senang tanpa sayakan.  Saya hanya mampu berdOa padaNYA supaya bukakan pintu hati awak untuk kembali seperti dulu. Saya berharap sangat doa saya akan dimakbulkan.

Awak,
Saya dah penat dah nak macam ni. Kadang-kadang saya selalu fikir, kenapa dugaan macam ni yang harus saya lalui? kenapa DIA buat kita macam ni? Kenapa harus saya yang tanggung sorg2?? Kenapa awak? Jawab la!!! #Mungkin DIA mahu kita berusaha untuk menjadi yang terbaik tapi kita xtau.

Awak,
Setiap kali saya nak tidur, mesti saya fikirkan awak. Fikirkan kita. Fikirkan diri saya. Fikirkan keluarga kita. Apa yang patut saya lakukan? Apa yang mesti saya buat untuk bahagiakan hati semua orang termasuk awak? Apa? Apa? Apa? Jawabla awak!

Awak,
Saya berusaha untuk jadi lebih kuat dan lebih tabah. Saya berusaha untuk ceriakan hari saya tanpa awak. Saya berusaha untuk yakinkan diri saya yang awak masih sayangkan saya, yang awak masih cintakan saya, yang awak masih kasih pada saya tapi sampai bila saya nak yakin macam tu?? sampai bila?? sampai bila???

Awak, 
Saya masih ingat lagi masa mula-mula kita kenal dulu. Bila saya tingat balik apa yang kita lakukan, mesti saya bahagia tapi sekarang? Awak gantung perhubungan kita. Awak diam seribu bahasa. Awak senyap tanpa kata. Bila saya tanya, awak cakap xde apa-apa. Kenapa?? 

Awak,
Saya xtahu apa salah yang saya lakukan pada awak. Saya xtahu kenapa awak jadi cmni. Saya xtahu apa yang awak buat. Saya xtahu apa-apa pasal awak sekarang ni. Dengan adanya laman sOsial, sedikit sebanyak dapat membantu saya untuk tahu apa yang awak buat even awak pernah remove saya dari friend awak. 

Awak,
Teruk sangatkah saya ni? Jahat sangatkah saya ni sampai awak sanggup lakukan sedemikian rupa?  Kalau awak dah bosan dengan saya, cakap la. Jangan buat saya macam sampah.

Awak,
Saya sanggup buat apa je untuk awak dulu tapi bila awak dah ada semua yang awak nak, awak tinggalkan saya. Saya bukan nak mengungkit tapi saya nak awak sedar betapa saya menyayangi awak dan 1 je yang saya mahukan dari awak. Saya  nak awak hargai saya! Senangkan? 

Awak,
Saya xperlukan harta awak, saya xperlukan duit awak, saya xperlukan kemewahan apa-apapun. Saya cuma mahu awak jujur,ikhlas,setia ngan saya. Susah sangatkah? Semua tu xpakai duit la awak. Saya perlukan awak. Saya mahukan Awak yang dulu dan bukan yang sekarang.

Awak,
Saya tahu saya xsempurna untuk awak tetapi sekurang-kurangnya saya berusaha untuk jadi yang terbaik untuk diri saya, untuk awak dan hubungan kita. Awak nak ke hubungan kita habis macam tu je? Tiada apa yang saya mampu buat untuk awak. Cuma mendoakan awak agar awak bahagia di sana. InsyaAllah! Amin! -.-

crdt : en.google





(hasil nukilan:bynakeroppi)

Monday

Tentang Kehidupan -.-

Assalamualaikum uOlls...

(n3 ni sedikit mengusik hati & serius) eh,serius? hahaha. sengal jek haku ni! #gurau2 ja#kisah benar#dipetik dari seseorang#jam 12.10pm#31Jan13#

Kehidupan seseOrang kadangkala bahagia, kadangkala sedey tapi itulah hakikatnya tentang kehidupan manusia. Xde sape yg mampu mengubah hati seseOrang. Walaupun sejauh mana kita mahukan dia berubah, jika hatinya berubah kerana terpaksa,akhirnya nanti dia akn kembali ke perangai lamanya!!!

Kehidupan xseindah yang disangka, tidak seteruk yang diungkap tetapi ia adalah kenyataan. Hanya yang mengerti akan tahu semuanya. Jika aku tanya kOrgpun, pasti ada antara kOrg yg penah alami ape yg aku alamikan. Cinta? Pernah xkOrg kecewa kerananya? Tipulah kalO xpenah rase semua ini kan. Ye..tiada manusia yang sempurna kecuali DIA. Cuma kita perlu menerima seseOrang itu dengan seadanya, barulah kesempurnaan itu wujud! 

Susahkan bila kita disakiti Oleh orang yang kita sayang?! Kita xbOley nk paksa seseOrang itu untuk sayang kita, cinta kita dan kasihi kita.  InsyaAllah bila kita ikhlas, kita akn dapat yang lebih baik lagi dari kesakitan yang kita dapat sekarang. Allah itu Maha Mengetahui. Jika dia bukan milik kita, usaha macamanapun dia tetap xakan jadik milik kita!!! Tuhan dah menjanjikan yang terbaik untuk kita. Cuma dugaan setiap insan adalah berbeza.

Perhubungan yang terjalin adalah proses untuk mengenali pasangan itu antara satu sama lain. Dalam prOses tersebut, mereka akan lebih kenal hati budi masing-masing dan dalam proses tersebut juga mungkin akan terjadinya pergaduhan, kebosanan, kesakitan dan macam-macam lagi. Dengan itu, kita mestilah berusaha untuk menjernihkan kembali. Ingat, hari-hari yang kita lalui xselalu indah.


okbai!


---sila tinggalkan url anda---

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


CoolChaser.com Layout by CoolChaser
CoolChaser